Thursday, January 7, 2016

Bahasa Arab Tinggi SPM Bahagian Qawa'id ( قسم القواعد ) - Khabar (انواع الخبر )

Click to zoom

Seperti yang telah saya beritahu, Bahagian Qawa'id terdapat 11 bab yang perlu diketahui. Bahagian ini anda akan lebih banyak menghafal hukum - hukum dan memahami bentuk ayat. ( Bukan memahami maksud). Usah risau, bahagian ini tidak memerlukan banyak pengetahuan kalimah Arab. Belajar bahagian ini seperti belajar tajwid. Mengenali banyak hukum - hukum. Anda perlu bersifat terbuka untuk menghafal. Hafal sikit - sikit dan cuba tulis di kertas apa yang sudah dihafal. Kalau malas, rekod la suara tu, lepastu ambil headphone, dengar setiap hari sekurang - kurangnya sekali. jangan ambil remeh bahagian ini sebab dalam SPM benda ni banyak markah, kalau malas tak payah belajar. Tidur saja.

Oklah, saya sambung. Bab yang pertama perlu diketahui iaitu;


Khabar         (انواع الخبر )

Khabar bermaksud cerita atau pelengkap ayat bagi isim ( kata nama ) sebelumnya.

Isim yang berada diawal ayat dipanggil mubtada' ( مبتدأ ). Mubtada' perlulah isim ma'firah ( اسم المعرفه ) iaitu isim yang mempunyai 'ال' atau kata nama khas.

WARNING: Khabar hanya terdapat dalam ayat Jumlah Ismiyah ( ayat bermula dengan kata nama ) sahaja.


Click to zoom

Mudah ( سهلة ) ialah khabar kerana ia melengkapkan ayat mengenai Bahasa Jepun.

Khabar selalunya terletak selepas mubtada'. Apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kebiasaannya khabar berada selepas perkataan 'ialah / adalah / merupakan'. Contohnya:

"المعلم متقنyang bermaksud "Guru itu merupakan seorang yang tekun"

"ابي موظف" yang bermaksud " Bapa saya ialah seorang pegawai"

Perkataan yang bergaris adalah khabar.

Walaubagaimana, tidak semua anda boleh mengenalpasti soalan begini. Dalam era KBAT dinihari, semuanya ada cabaran. Otak perlu diperah. Air mata perlu diperah. Duit perlu diperah. Saya sendiri pun duduk Trial SPM time 2015 semua soalan Bahasa Arab memang KBAT. Terbaik punya trick. Pelajar yang terer Bahasa Arab lebih mudah mengenalpasti khabar. Jadi saya yang biasa biasa ni dah kena trick soalan.

Untuk menghindari daripada kena trick soalan KBAT, Mubtada' dan khabar juga hendaklah sama dari segi jantina dan bilangan. Contoh;

Click to zoom



Click to zoom




Click to zoom

Oleh itu, anda perlulah peka dalam mengenalpasti kesemuanya dan jangan tertipu oleh soalan KBAT.



خبر مقدم

PELIK TAPI BENAR : Khabar selalunya terletak selepas mubtada' seperti saya ingatkan tadi. Namun demikian, terdapat khabar berada di awal ayat iaitu apabila khabar syibhul jumlah [huruf jar / zorf serta isim selepasnya ] berada di awal ayat. Dengan syarat isim selepasnya nakirah ( tiada alif lam ) seperti:


Click to zoom

Dalam isu ini, 'على المكتب' adalah khabar. Pelik kan! Ini terjadi apabila anda lihat khabar syibhul jumlah [huruf jar / zorf terletak awal ayat serta isim selepasnya. Isim selepasnya pula tiada  ال. Hukum tersebut dikenali sebagai 'خبر مقدم'. Ingat kawan - kawan hukum خبر مقدم. Soalan ini selalu dikeluarkan khas untuk kertas KBAT juga.

Jenis - Jenis Khabar

Rajah dibawah tersebut adalah jenis - jenis khabar yang anda akan selalu jumpa di soalan peperiksaan. Ini bukan soalan KBAT. Inilah khabar yang basic perlu diketahui pelajar yang hendak cemerlang dalam subjek Bahasa Arab Tinggi.

Click to zoom





Pengenalan I'rab ( اعرب )
Dimana - mana anda belajar Arab, anda mesti akan terjumpa topik i'rab. Benda inilah yang menjadi kawan rapat anda di setiap bahagian besar Bahasa Arab Tinggi.

I'rab ialah perubahan baris akhir kalimah disebabkan punca pengubah yang terdapat di dalam ayat. I'rab lengkap mengandungi 3 perkara:

Click to zoom

Al-Mauqi' ( الموقع ) adalah kedudukan sesuatu kalimah di dalam ayat seperti khabar, munada, hal dan sebagainya.

Al-Hukum ( الحكم ) adalah hukum kalimah tersebut di dalam ayat sama ada marfu' ( مرفوع ), mansub ( منصوب ), atau majzum ( مجزوم ).

Al-Alamat ( العلامة ) adalah tanda hukumnya seperti al - fathah ( الفتحه ), al - kasrah ( الكسرة ), al - dhammah ( الضمة ),  atau al - sukun ( السكون ). 

Click to zoom


Contoh: القِرَاةُ مُهِمّةٌ

Daripada pemerhatian tersebut, مُهِمّةٌ ialah perkataan yang digaris dan perlu di'irabkan. I'rab مُهِمّةٌ dari sudut Al-Mauqi' ( الموقع ) adalah khabarخبر ).

Dari sudut Al-Hukum ( الحكم ) adalah marfu' ( مرفوع ) kerana ةٌ daripada perkataan مُهِمّةٌ

Dari sudut Al-Alamat ( العلامة ) adalah dhammah ( الضمة ) kerana  ةٌ daripada perkataan مُهِمّةٌ.

Daripada hasil tersebut, dapatlah satu i'rab bagi القِرَاةُ مُهِمّةٌ daripada perkataan bergaris tersebut dengan menggabungkan Al-Mauqi' ( الموقع ), Al-Hukum ( الحكم ) dan Al-Alamat ( العلامة ) menjadi satu seperti;

                                        "خبر مرفوع بالضمة"

Jadi berkawan lah dengan i'rab selagi anda menduduki SPM, inshallah i'rab berkawan dengan anda balik dan bantu anda semasa SPM akan datang. :D







No comments:

Post a Comment