Wednesday, October 7, 2015

Muqaddimah


Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kerana sudi membaca muqaddimah saya yang ringkas ini. Dalam era informasi dinihari, ilmu boleh dicari di hujung jari. Walaupun maklumat tidak susah dicari, tetapi tidak semua maklumat tersebut boleh difahami. Misalnya, kita orang Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Orang Arab menggunakan bahasa Arab. Terdapat perbezaan bahasa yang memisahkan komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, orang Malaysia khususnya pelajar SPM yang ambil Bahasa Arab Tinggi mengalami kesukaran belajar kerana memerlukan pengetahuan tentang Bahasa Arab. Saya kongsikan pelajaran Bahasa Arab Tinggi tidak sama seperti penjelasan buku teks kerana buku teks menggunakan 99% Bahasa Arab. Saya cuba menerangkan dalam Bahasa Malaysia dengan cara yang mudah. Pemahaman saya dalam Bahasa Arab Tinggi sedikit sebanyak hasil daripada membaca satu buku rujukan Bahasa Arab Tinggi karya Abu Sakeena Adnan Ishak. Kalau kamu jumpa buku itu, terus beli. Ia amat membantu. Harap usaha ini dapat membantu kalian sedikit dalam menguasai pelajaran Bahasa Arab. Klik disini untuk memulakan pelajaran.